BAB 1
Pada zaman dahulu, terdapat
sebuah kampung bernama Kampung Patung, amat memepercayai wujudnya nyawa dalam
sesebuah patung. Sama ada jenis binatang ataupun manusia. Perkara ini hanya
terjadi dan boleh dilihat oleh manusia yang menyimpan patung selama 5 tahun dan
seterusnya. Jika patung itu dalam keadaan baik, maka baiklah roh patung itu dan
sebaliknya.
Seorang gadis berusia 15
tahun, bernama Suzuran telah memelihara sebuah patung perempuan persis mukanya
seperti manusia. Patung perempuan itu diberi nama Enma ai. Patung itu memakai
pakaian uniform ala-ala Jepun, berkasut hitam beserta stokingnya, tali leher
merah bak darah, rambutnya yang panjang separas pinggang, bibir dan matanya,
merah menyala. Sudah lama Suzuran menyimpan dan menjaganya bagai menatang
minyak penuh, hampir 10 tahun…
“Enma Ai, hari ini aku sungguh
malang! Rakan-rakan sekolah mengejekku kerana menyimpan kau. Mereka telah
menggunting rambutku. Lihat! Tempang sebelah. Enma Ai! Apa harus aku buat?”
ujar Suzuran sambil menangis teresak-esak sampai air matanya menitis ke atas
wajah Enma Ai.
“Aku takut beritahu emak.
Takut emak tidak percaya, menuduh aku yang mengguntingnya. Tolong lah Enma Ai!
Alangkah bagusnya kau seorang manusia dan menjadi kawan sejati aku. Tempat aku
mengadu…” Suzuran mengesat air matanya. Tiba-tiba emak memanggil namanya dari
dapur dengan jeritan.
“Sekejap Enma Ai.” Kata
Suzuran lagi lalu meletakkan anak patung itu atas katil dan keluar dari bilik
tidurnya menuju kea rah dapur.
Tanpa disedari, Enma Ai
mengesat air mata yang masih melekat di pipinya, perlahan-lahan…
Suzuran tidur malam tepat
pukul 11 malan selepas dihukum oleh emaknya mencuci pingan mangkuk, setelah
mengetahui Suzuran memotong rambutnya. Setelah itu, dia menyiapkan kerja
sekolahnya.
Tepat pukul 12 tengah malam,
Enma Ai bangun. Dia menjelma sebagai seorang manusia, bentuk badan seperti
budak perempuan berumur 12 tahun. Dia memandang dalam gelap, dari jauh tempat
tidur Suzuran. Enma Ai perlahan-lahan menuju kea rah Suzuran, tuan yang
menjaganya selama ini, dalam keadaan baik sekali. Enma Ai menyentuh pipi
Suzuran yang lembut dan menyentuh rambut Suzuran yang telah dipotong oleh rakan
sekolah tuannya. Kemudian, Enma Ai, pergi dari situ….