LOCENG sekolah berbunyi sebelum
pukul 7.30 pagi. Berpusu-pusu pelajar yang lewat segera membolosi gate depan
sekolah untuk mengelakkan diri ditahan oleh pengawas. Terdapat berita gempak
dari sekolah menyebabkan Suzuran dan yang lain berkejaran ke tempat yang
dikatakan terdapat mayat 3 orang pelajar perempuan ditemui di kolam ikan
sebelah kantin sekolah. Sungguh busuk! Polis menganggarkan sudah 23 jam
ketiga-tiga mayat itu di dalam kolam tersebut.
“Eh, apa tu…?! Rambut kah…?”
soal salah seorang pegawai polis yang berada di sana. Pelik, ramai yang pelik
kenapa pembunuh itu juga menggunting ketiga-tiga rambut pelajar perempuan itu
sampai botak jadinya. Apa motif pembunuh itu..?
“Apa..?! Shasa, Inyra dan
Gigy?!” Suzuran terkejut. Tak sangka, mereka yang membuli dan menggunting
rambutnya 2 hari yang lepas, telah mati dengan dahsyatnya!
“Ya! Kepala mereka ditoreh
sehingga Nampak sebahagian otaknya!” jawab CIkgu Tatara. Semua pelajar menutup
mulut, hendak muntah apabila Cikgu Tatara memberitahu kejadian itu di dalam
kelas bahasa Malaysia.
“Tiada bukti yang menunjukkan
pembunuh adalah di kalangan yang dating dari kawasan ini. Seolah-olah, mereka
bertiga membunuh diri sendiri dan mencampak diri sendiri ke kolam tersebut.
Lagipu, tiada laporan polis akan kehilangan mereka sehari yang lepas” ujar
Cikgu Tatara lagi. Suzuran diam, tidak logic baginya…
Suzuran masih bingung dengan
apa yang terjadi. Setibanya di rumah, Suzuran melempar beg sekolahnya ke atas
tilan dan terus baring. Terlalu banyak persoalan yang berlengar di kepala
otaknya. Dia teringat, semalam dia melihat Shasa, Inyra dan Gigy di café,
berborak-borak sambil ketawa. Mustahil mereka mati dalam masa 23 jam, padahal
baru semalam dia melihat mereka! Suzuran bangun dan duduk di depan meja
belajarnya. Dia terpandang Enma Ai di sebelah rak bukunya, seolah-olah
merenungnya.
“Enma Ai, kau ingat tak cerita
aku 2 hari yang lepas? Orang yang menggunting rambutku itu, sudah meninggal
dunia! Mereka ditemui mati di kolam ikan sebelah kantin sekolah ku dengan
keadaan yang ngeri. Betapa malangnya mereka. Apa pendapat kau, Enma Ai?” soal
Suzuran kepada anak patung kesayangannya itu. Kemudian dia mengeluh.
Ketika dia mengambil anak
patung itu, sesuatu benda terjatuh dari tangan patung itu. Suzuran mengambil
dan mengamatinya.
“Apa ini, rambut….?” 3helai rambut itu
berlainan warna. Warna perang, kecokletkan dan hitam. Suzuran membesarkan
matanya sekali lagi dan melihat rambutnya sendiri. Rambutnya kerinting dan tak
lurus seperti 3helai rambut yang dia pegang sekarang. Tiba-tiba dia seperti
teringat akan rambut Shasa, Inyra dan Gigy. Tiba-tiba Suzuran menggigil.
Terdapat darah di setiap 3 helai rambut itu. Cepat-cepat Suzuran membuang 3
helai rambut itu di dalam tong sampah dan berlari keluar dari biliknya sambil
membawa patung itu.
“Kau nak kemana tu, Su!”
panggil emaknya dari dapur, melihat anak tunggalnya memakai kasut dengan
tergesa-gesa di depan pintu.
“Sekejap mak!” jawab Suzuran
segera mengambil basikalnya di garaj dan memecut keluar dari halaman rumah.
Suzuran sampai di tempat yang
sepatutnya. Di depan balai polis yang mengambil masa 30 min dari rumahnya.
“Eh adik, ada masalah?” soal
salah pegawai polis yang bertugas di situ apabila dia melihat Suzuran di depan
balai polis dengan anak patung yang dipegangnya.
“Akak, saya nak tanya, mayat
kat sekolah tadi tu…..” tersekat-sekat Suzuran menanya. Takut.
“Kawan adik ke?” soal pegawai
polis wanita itu.
“Saya nak tanya, betul ke
rambut mereka di potong sampai botak?” soal Suzuran akhirnya. Kemudian dia
menghela nafas di dada.
“Ya dik. Tapi akak kesal, sebab
rambut mereka di warnakan. Warna perang dan warna coklet. Pihak sekolah tidak
marah ke?” jawab pegawai polis itu. Suzuran telan air liur dan diam sejenak.
Dia pergi dari situ setelah mengucapkan terima kasih.
Hari sudah petang, Suzuran
masih berlegar-legar dengan menyorong basikalnya di kawasan Bandar. Dalam
keadaan agak sunyi di lorong yang menuju ke rumahnya, tiba-tiba dia diganggu
oleh dua orang lelaki yang mabuk. Mereka cuba mengganggu Suzuran, tetapi
Suzuran tidak melayan mereka. Suzuran mempercepatkan langkahnya, mula hendak
naik basikalnya tetapi gagal kerana salah seorang dari lelaki itu merampas
basikalnya dan menangkap Suzuran yang berbadan kecil itu. Suzuran meronta-ronta
meminta pertolongan apabila kedua-dua lelaki itu mula meraba-raba tuduh
Suzuran. Suzuran menangis-nangis sambil meminta pertolongan. Mujurlah terdapat
beberapa pengguna jalan tersebut terdengar akan jeritan Suzuran dan segera
membelasah dan menghalau kedua-dua lelaki tersebut dari menggangu Suzuran.
Apabila pengguna jalan itu ingin melapor ke balai polis akan gangguan terhadap
Suzuran, Suzuran meminta tidak mahu kerana malu dan mengatakan dirinya tidak
cedera.
Suzuran memandang Enma Ai yang
sudah kotor akibat tercampak dari pegangannya tadi. Di sapu-sapu muka Enma Ai
dengan hujung bajunya sambil menangis dan menyumpah akan kedua-dua lelaki yang
mengganggunya tadi.
Tepat pukul 12 tengah malam,
Enma Ai bangun, dia mengesat kekotoran yang ada di mukanya. Dia memandang
bahagian tubuh Suzuran yang telah diraba kedua-dua lelaki petang tadi. Tedapat
kesan lebam di lengan kiri Suzuran. Dia menyentuh lengan kiri Suzuran yang
tengah tidur lena. Kemudian, dia pergi dari situ…