CERPEN PENDEK = PATUNG BERNYAWA

BAB 2
LOCENG sekolah berbunyi sebelum pukul 7.30 pagi. Berpusu-pusu pelajar yang lewat segera membolosi gate depan sekolah untuk mengelakkan diri ditahan oleh pengawas. Terdapat berita gempak dari sekolah menyebabkan Suzuran dan yang lain berkejaran ke tempat yang dikatakan terdapat mayat 3 orang pelajar perempuan ditemui di kolam ikan sebelah kantin sekolah. Sungguh busuk! Polis menganggarkan sudah 23 jam ketiga-tiga mayat itu di dalam kolam tersebut.

“Eh, apa tu…?! Rambut kah…?” soal salah seorang pegawai polis yang berada di sana. Pelik, ramai yang pelik kenapa pembunuh itu juga menggunting ketiga-tiga rambut pelajar perempuan itu sampai botak jadinya. Apa motif pembunuh itu..?

“Apa..?! Shasa, Inyra dan Gigy?!” Suzuran terkejut. Tak sangka, mereka yang membuli dan menggunting rambutnya 2 hari yang lepas, telah mati dengan dahsyatnya!
“Ya! Kepala mereka ditoreh sehingga Nampak sebahagian otaknya!” jawab CIkgu Tatara. Semua pelajar menutup mulut, hendak muntah apabila Cikgu Tatara memberitahu kejadian itu di dalam kelas bahasa Malaysia.
“Tiada bukti yang menunjukkan pembunuh adalah di kalangan yang dating dari kawasan ini. Seolah-olah, mereka bertiga membunuh diri sendiri dan mencampak diri sendiri ke kolam tersebut. Lagipu, tiada laporan polis akan kehilangan mereka sehari yang lepas” ujar Cikgu Tatara lagi. Suzuran diam, tidak logic baginya…

Suzuran masih bingung dengan apa yang terjadi. Setibanya di rumah, Suzuran melempar beg sekolahnya ke atas tilan dan terus baring. Terlalu banyak persoalan yang berlengar di kepala otaknya. Dia teringat, semalam dia melihat Shasa, Inyra dan Gigy di café, berborak-borak sambil ketawa. Mustahil mereka mati dalam masa 23 jam, padahal baru semalam dia melihat mereka! Suzuran bangun dan duduk di depan meja belajarnya. Dia terpandang Enma Ai di sebelah rak bukunya, seolah-olah merenungnya.
“Enma Ai, kau ingat tak cerita aku 2 hari yang lepas? Orang yang menggunting rambutku itu, sudah meninggal dunia! Mereka ditemui mati di kolam ikan sebelah kantin sekolah ku dengan keadaan yang ngeri. Betapa malangnya mereka. Apa pendapat kau, Enma Ai?” soal Suzuran kepada anak patung kesayangannya itu. Kemudian dia mengeluh.
Ketika dia mengambil anak patung itu, sesuatu benda terjatuh dari tangan patung itu. Suzuran mengambil dan mengamatinya.
 “Apa ini, rambut….?” 3helai rambut itu berlainan warna. Warna perang, kecokletkan dan hitam. Suzuran membesarkan matanya sekali lagi dan melihat rambutnya sendiri. Rambutnya kerinting dan tak lurus seperti 3helai rambut yang dia pegang sekarang. Tiba-tiba dia seperti teringat akan rambut Shasa, Inyra dan Gigy. Tiba-tiba Suzuran menggigil. Terdapat darah di setiap 3 helai rambut itu. Cepat-cepat Suzuran membuang 3 helai rambut itu di dalam tong sampah dan berlari keluar dari biliknya sambil membawa patung itu.
“Kau nak kemana tu, Su!” panggil emaknya dari dapur, melihat anak tunggalnya memakai kasut dengan tergesa-gesa di depan pintu.
“Sekejap mak!” jawab Suzuran segera mengambil basikalnya di garaj dan memecut keluar dari halaman rumah.

Suzuran sampai di tempat yang sepatutnya. Di depan balai polis yang mengambil masa 30 min dari rumahnya.
“Eh adik, ada masalah?” soal salah pegawai polis yang bertugas di situ apabila dia melihat Suzuran di depan balai polis dengan anak patung yang dipegangnya.
“Akak, saya nak tanya, mayat kat sekolah tadi tu…..” tersekat-sekat Suzuran menanya. Takut.
“Kawan adik ke?” soal pegawai polis wanita itu.
“Saya nak tanya, betul ke rambut mereka di potong sampai botak?” soal Suzuran akhirnya. Kemudian dia menghela nafas di dada.
“Ya dik. Tapi akak kesal, sebab rambut mereka di warnakan. Warna perang dan warna coklet. Pihak sekolah tidak marah ke?” jawab pegawai polis itu. Suzuran telan air liur dan diam sejenak. Dia pergi dari situ setelah mengucapkan terima kasih.

Hari sudah petang, Suzuran masih berlegar-legar dengan menyorong basikalnya di kawasan Bandar. Dalam keadaan agak sunyi di lorong yang menuju ke rumahnya, tiba-tiba dia diganggu oleh dua orang lelaki yang mabuk. Mereka cuba mengganggu Suzuran, tetapi Suzuran tidak melayan mereka. Suzuran mempercepatkan langkahnya, mula hendak naik basikalnya tetapi gagal kerana salah seorang dari lelaki itu merampas basikalnya dan menangkap Suzuran yang berbadan kecil itu. Suzuran meronta-ronta meminta pertolongan apabila kedua-dua lelaki itu mula meraba-raba tuduh Suzuran. Suzuran menangis-nangis sambil meminta pertolongan. Mujurlah terdapat beberapa pengguna jalan tersebut terdengar akan jeritan Suzuran dan segera membelasah dan menghalau kedua-dua lelaki tersebut dari menggangu Suzuran. Apabila pengguna jalan itu ingin melapor ke balai polis akan gangguan terhadap Suzuran, Suzuran meminta tidak mahu kerana malu dan mengatakan dirinya tidak cedera.

Suzuran memandang Enma Ai yang sudah kotor akibat tercampak dari pegangannya tadi. Di sapu-sapu muka Enma Ai dengan hujung bajunya sambil menangis dan menyumpah akan kedua-dua lelaki yang mengganggunya tadi.
Tepat pukul 12 tengah malam, Enma Ai bangun, dia mengesat kekotoran yang ada di mukanya. Dia memandang bahagian tubuh Suzuran yang telah diraba kedua-dua lelaki petang tadi. Tedapat kesan lebam di lengan kiri Suzuran. Dia menyentuh lengan kiri Suzuran yang tengah tidur lena. Kemudian, dia pergi dari situ…

    

CERPEN PENDEK = PATUNG BERNYAWA

BAB 1


Pada zaman dahulu, terdapat sebuah kampung bernama Kampung Patung, amat memepercayai wujudnya nyawa dalam sesebuah patung. Sama ada jenis binatang ataupun manusia. Perkara ini hanya terjadi dan boleh dilihat oleh manusia yang menyimpan patung selama 5 tahun dan seterusnya. Jika patung itu dalam keadaan baik, maka baiklah roh patung itu dan sebaliknya.

Seorang gadis berusia 15 tahun, bernama Suzuran telah memelihara sebuah patung perempuan persis mukanya seperti manusia. Patung perempuan itu diberi nama Enma ai. Patung itu memakai pakaian uniform ala-ala Jepun, berkasut hitam beserta stokingnya, tali leher merah bak darah, rambutnya yang panjang separas pinggang, bibir dan matanya, merah menyala. Sudah lama Suzuran menyimpan dan menjaganya bagai menatang minyak penuh, hampir 10 tahun…

“Enma Ai, hari ini aku sungguh malang! Rakan-rakan sekolah mengejekku kerana menyimpan kau. Mereka telah menggunting rambutku. Lihat! Tempang sebelah. Enma Ai! Apa harus aku buat?” ujar Suzuran sambil menangis teresak-esak sampai air matanya menitis ke atas wajah Enma Ai.
“Aku takut beritahu emak. Takut emak tidak percaya, menuduh aku yang mengguntingnya. Tolong lah Enma Ai! Alangkah bagusnya kau seorang manusia dan menjadi kawan sejati aku. Tempat aku mengadu…” Suzuran mengesat air matanya. Tiba-tiba emak memanggil namanya dari dapur dengan jeritan.
“Sekejap Enma Ai.” Kata Suzuran lagi lalu meletakkan anak patung itu atas katil dan keluar dari bilik tidurnya menuju kea rah dapur.
Tanpa disedari, Enma Ai mengesat air mata yang masih melekat di pipinya, perlahan-lahan…

Suzuran tidur malam tepat pukul 11 malan selepas dihukum oleh emaknya mencuci pingan mangkuk, setelah mengetahui Suzuran memotong rambutnya. Setelah itu, dia menyiapkan kerja sekolahnya.
Tepat pukul 12 tengah malam, Enma Ai bangun. Dia menjelma sebagai seorang manusia, bentuk badan seperti budak perempuan berumur 12 tahun. Dia memandang dalam gelap, dari jauh tempat tidur Suzuran. Enma Ai perlahan-lahan menuju kea rah Suzuran, tuan yang menjaganya selama ini, dalam keadaan baik sekali. Enma Ai menyentuh pipi Suzuran yang lembut dan menyentuh rambut Suzuran yang telah dipotong oleh rakan sekolah tuannya. Kemudian, Enma Ai, pergi dari situ….